Ini resepi dia..Bahan2 nye adalah:
1 labu bawang
3 bawang putih
1 tin sos prego
Susu cair
Mentega/buttercup
Ayam Hancur
Oregano
Lada hitam
Sedikit Sos Cili
Lapisan lasagna
Cheese dale.(Betul ke eja ni )..Anggap saje betul hokey..
Mozarella
Parmesan
Tepung gandum
Cara-cara nye ialah:
Untuk makluman semua..apa yg aku buat ni tiada sukatan yg mutlak..Semua nyer main agak2 jer..Sampai rasa ok...Semua main campak je ok..
Step 1
Tumis bawang & bawang putih sampai naik bau..masukan ayam/daging hancur. Lepas dah masak masukkan prego. Masak sehingga nampak macam kering..tp tak berapa nak kering sanagt.Lepas tu masukkan 1 sudu sos cili..Gaul sehingga menggelegak.
Step 2 (Sos putih)
Masukkn satu sudu kecil buttercup.Lepas dah cair masukkan susu cair..Agak2 dlm 270 ml. Masukkan 3 keping cheesdale and sedikit tepung gandung.Kacau sehingga pekat.
Step 3
Rebus lapisan lasagna (xpasti apa nk panggil lapisan tu).Bile dah mcm lembut boleh terus masuk dalam loyang. Lepas ni masukkan daging/ayam hancur.Lenyekan macam buat kek batik tu..Then letak sos putih diatas lapisan daging/ayam yang telah di masak td (step 1).Then taburkan parmesan dan mozarela di atas sos putih. Ulang lapisan ni sehingga 3 kali..siapp...bersedia utuk di bakar...Macam biasa oven 180 dlm 25 minit. bergantung pada oven..
Dan ini lah hasil..Sila abaikan chicken chop itu...Sebab masa tu terlebih rajin nak buat chicken n lamb chop...
No comments:
Post a Comment