Saturday, February 19, 2011

7 TIP WAJAH CANTIK SAMBIL DILINDUNGI

7 TIP WAJAH CANTIK SAMBIL DILINDUNGI.
·         Pastikan memilih bedak asas atau padat yang mengandungi tabir suria (SPF).Selain untuk melindungi kulit dari sinar UV,ia juga memudahkankan untuk menambah pakai pada bila-bila masa.

·         Tanpa adunan warna pembayang mata,kelopak mata tetap perlu dihiasi.Pilihlah palet pembayang matayang mengandungi variasi warna-warna tanah seperti coklat,emas perang,kuning air,tembaga atau gangsa.

·         Pengganti shading adalah pemakaian bedak berkilai(radiance powder).Layangkan bedak berkilau pada bahagian zon T dan poin V wajah (garis dari kedua belah pelipis menyenget ke dagu) untuk membentuk kontur mata bujur sirih.

·         Pilihan rona bedak berkilau untuk kulit kuning langsat wanita asia adalah daripada nuansa natural beige ke keemasan.

·         Tiga item mekap yang mesti di bawa didlm beg ialah air penyembur penyegar kulit (hydramist),bedak kompak berSPF dan pengilat bibir yang mengandungi pelembab.

·         Jika kulit cepat berminyak dan berpeluh, pilih alat solek yang mempunyai formula berasaskan air dan elakkan yang mengandungi minyak.

·         Elakkan solekan asas terlalu tebal kerana ia sukar di jaga dan membuatkan liang kulit berpeluh dan terdedah di bwh cahaya matahari untuk jangka masa yang lama.

5 Tip Pakai Mascara.

5 Tip Pakai Mascara.
·         Elak menyapu mascara lebih daripada 3 kali.Lagi banyak di sapu,Lagi besar kesilapan yang di lakukan.

·         Cuba teknik ini. Sapu mascara rona ungu/biru di lapisan yang pertama.Diikuti sapuan kedua dengan mascara hitam.Lihat warna yang tehasil pada bulu matamu.Kita tidak perlu pembayang mata lagi.

·         Pastikan sapuan bermula di umbi mata.Biarkan sesikat berus mascara benar-benar mencengkam akar bulu mata sebelum digelingsirkan ke segenap bulu mata.

·         Jika terdapat gumpalan pada bulu mata,gunalah berus khas untuk meleraikan helaian bulu mata.

·         Mencalit lebihan mascara di permukaan lubang botol bukan lah teknik yang betul.Gunakan sahaja tisu untuk membersihkan sisa dakwat sebelum menyumbat semula kedalm botol mascara.

5 Tip guna Pensel Mata

5 Tip guna Pensel Mata
·         Jika mahu mata tidak perlu galak,alitkan pensel mata di bahagian dalam garos kelopak mata dan di bawah alur garis mata bawah.

·         Untuk memakai pensel matajenis cecair,Tarik sedikit hujung luar mata dan mulakannya dari hujung mata.Ini memudahkan penyeratan cecairnya pada kulit.

·         Sesekali cubalah pula penggaris mata berona selain hitam dan coklat sahaja.Lebih menyerlah jika ia berpigmen kilatan.

·         Jika tidak mempunyai pembayang mata,pensel mata juga boleh bertindak umpama pembayang mata.Selepas menggaris menggunakan penggaris mata,sememehkan warnanya sehingga menebar melepasi separuh kelopak mata.Kemudian alitkan sekali lagi pensel mata itu digaris mata.

·         Tinggalkan seketika teknik melentikkan hujung mata.Sebalikknya sambungkan hujung garis mata atas langsung mencecah garis mata bawah.Kemudian sememehkan warnanya membulat di hujung luar garis mata.

PETUA

Atasi badan berbau
Masalah badan berbau memang memalukan. Cara mengatasinya ialah dengan mengambil beberapa kuntum bunga cengkih dan rendam sehingga kembang.Kemudian minum airnya selama tiga hari berturut-turut.

Pegaga untuk awet Muda
Bagi yang ingin kekal muda,amalkan petua ini.Ambil pegaga yang segar,kisar bers air sehingga lumat,Tapis dan dapatkan airnya.Kemudian,masukkan sedikit gula dan sedia untuk di minum..Amalkan selalu..InsyaAllah…

Kulit Muka berseri
Basuh beras dan toskan airnya.Goreng tanpa minyak sehingga kering kemudian tumbuk halus seperti serbuk.Apabila hendak menggunakannya,ambil sedikit dan campur dengan air perahan limau nipis.Gosok pada muka dan biarkan kering,kemudian cuci bersih…

Bibir Merah semulajadi
Sapukan sedikit menteganatau mejerin pada bibir sebelum tidur.Amalkan setiap hari,InsyaAllah hasil bibir merah tercapai.

Tip untuk mendapat rambut yang sihat

Tip untuk mendapat rambut yang sihat;
·         Jgn menyisir rambut dlm keadaan basah.Biarkan rambut kering dahulu secara semula jadi.Jika rambut masih basah,jangan langsung memakai tudung sebalik nya tunggu hingga kering.

·         Jgn mengikat rambut terlalu kuat kerana ia akan menyebabkan rambut mudah patah.

·         Jaga kelembapan rambut dengan memakai serum atau minyak rambut sebelum melakukan aktiviti luar.

·         Lakukan cream Bath,masker rambut,rawatan rambut dan gunakan tonik rambut seminggu sekali untuk member nutrisi.

Tip untuk wanita bertudung

Tip untuk wanita bertudung
·         Masalah yang sering dialami wanita yang memakai tudung adalah,rambut rosak,kelemumur dan gatal.Tetapi,jika anda rajin merawatnya rambut yang sering tertutup oleh tudung tidak akan menghadapi masalah.

Tahu kah Anda?

CARA MUDAH MILIKI KULIT JERNIH…??
Lakukan penglupasan seminggu sekali.Kepada yang ada masalah pigmentasi buat dua kali seminggu.Ia menanggalkan kulit sel-sel mati di permukaan kulit.Anda juga perlu tahu tabir penghalang terbaik melanin adalah vitamin.
KALAU SUNTIK BOTOX..??
Berhati-hati.Kalau tersalah suntik otot boleh menyebabkan kulit mata jatuh nmeleweh.Tentukan anda mendapat perkhidmatan doctor yang bukan sja bertauliah,tetapi juga yang mahir dlm suntikan botox.

Capture Totale – One Essential

FAKTA KEBERSANAN DIOR CAPTURE TOTALE ONE ESSENTIAL
Tindakan anti penuaan Berganda,
·         Ujian Klinikal (Pemerhatian dermatologi)
·         Penggunaan One Essential secara tunggal meningkatkan keupayaannya menyembunyikan tanda penuaan.
·         Peggunaan ini juga membantu meningkatkan keberkesanan Capture Totale Concentrate sebanyak 40%.
Ujian penggunaan;
·         Penghargaan Wanita Terhadap Keberkesanannya – Seratus Peratus wanita memilih One Essential sebagai serum harian mereka. Tahap kepuasannya yang tinggi pada setiap perkara: kemudahan yang ketara, kelembutan dan kilauan pada wajah.
Product ni pun mcm best..Sgt teruja....Try nak tau feedback org ramai....

Friday, February 18, 2011

Genifique Yeux -Eye Concentrate

Aktifkan Semula Gen Keremajaan Anda..
Miliki mata yang kelihatan jelas lebih muda dan cerah dalam masa 7hari..

Statement from LANCOME..Betul ke..?? Kalu nak tau kena la try dulu kan...

Gel krim ini di percayai boleh menjadikan kontur mata terasa lembut tatkala di sentuh..Hari demi hari kantung mata nampak berkurangan.Gegelung hitam di bawah mata juga kelihatan telah berkurang..Kawasan mata lebih cerah ,lebih terserlah,lebih bermaya...


Ini la rupa nya...Eye trearment yang di katakan boleh membantu mengurangkan eye bag...Teruja dgn product..Sesiapa yang pernah try boleh la share yer....

Thursday, February 17, 2011

Esen oencerahan Kulit sempurna

Sudah ramai yang memulaukan produk pencerahan yang mengandungi HYDROQUINONE kerana risiko buruknya pada kulit.Lebih-lebih lagi kulit menjadi kemerah-merahan dan mengelupas teruk..Huh sungguh menakutkan..

Namun CLINIQUE Derma Whita Brightening Essence memberi harapan baru kerana wanita masih boleh menikmati kecerahan lebih baik daripada HYDROQUINONE, malah di jamin selamat. Ia mengandungi lima ramuan ajaib dengan kompleks CK-302 dan vitamin C yang memuluskan kulit sambil memberi kejernihan sekata.


Selamat Mencuba..!!!!

BB Krim Berita Baik kulit

Pernah dengar tak BB krim..??
Ia begitu popular di korea dan kini semakin baik di terima di sini.Namun tahukan kamu fungsi sebenar BB cream ni..??

BB cream atau ringkasannya Blemish Balm atau dalam istilah Melayu yang saya tafsirkan sebagai Salao Cela..hehehe..memberi fungsi besar pada mereka yang tahu peranan nya.

BB Cream di wujudkan dlm dwifungsi yakni sebagai mekap dan penjagaan kulit.Ia boleh menyeliputi permukaan kulit sebagai bedak asas sebelum bersolek dan pada masa yang sama bertindak menjaga kulit mengikut fungsi yang di rumus.

Ada yang di rumus dengan kebaikan pencerahan, anti penuaan, dan perlindungan sinar UV dan lain-lainnya.
Jadi sekiranya kita jenis yang sibuk dengan tugasan ,cuba la BB Cream ni...

Saya pernah cuba Gold Skin 79

BB cream ni untuk pencerahan dan anti wrinkle..
Mmg sesuai dengan kulit saya. Dan tak perlu pakai bedak after apply this product. Full coverage and tahan sehingga 8 jam.Tidak berminyak and good for skin affinity and it make your skin light, soft and flawless all day long. 

Kawan-kawan...boleh la cuba yer........

7 Tip Solekan Bertahan Kilau Sepanjang Malam

  • Untuk memberikan efek bersinar pada asas solekan, Kita boleh mencampurkan bedak asas dengan serum malam.Apa-apa serum pun boleh, cth Estee Lauder Night Repair - Untuk memberi kesan licin berkilat di permukaan kulit.
  • Selepas itu, sapukan penyamar celar pada wajah.Ini bertujuan untuk memberi kejelasan pada cela yang mesti di tutup selepas bedak asas di ratakan agar penggunaan penyamar cela dapat di minimumkan.
  • Selepas penyapuan penyamar cela, tekapkan bedak kompak/debu di bahagian yang telah 'di simenkan' tadi. Tidak perlu di gemburkan bedak pada keseluruhan wajah. Ini dapat memberikan efek wajah licin berkilau dan bercahaya.
  • Untuk shading, sapukan bedak asas dua ton lebih gelap daripada bedak asas yang di gunakan.Sapu pada tulang pipi dan bawah tulang muka.
  • Untuk hasil bentuk kelopak yang cantik, bentukan dengan pembayang gelap dan gunakan berus membingkai kelopak mata seperti bentuk pisang. - Mencuram ke bawah di bahagian sudut dlm mata dan menaik ke atas hujung sudut luar mata.
  • Disebabkan parti melibatkan tempoh yang panjang dan di selangi aktiviti makan-makan dan minum,fokuskan pada solekan mata agar galak dan bundar.Cukup menonjolkan keseluruhan solekan wajah.
  • Tekstur pembayang mata perlu diambil kira, sama ada di pakai kombinasi berpigmen dan matte atau berpigmen sahaja seperti shimmering atau gliters.Jangan matte sahaja kerana ia tidak menyerlah pada waktu malam.

Cuba la yer...Mesti Jadi...!!!

Wednesday, February 16, 2011

Siapa pernah try Product Clinique..??

Boleh kah kulit menawan di cipta..???
Tiada yang mustahil dalam dunia kan..Allah dah jadikan kita dengan sempurna..Jd kita sebagai manusia haruslah menjaga segala-galanya dengan baik..Hargailah permberian Nya..

Product Clinique
Hanya 3 product, 3 minit , dua kali sehari. Dan anda bakal miliki kulit menawan dan bercahaya..INSYAALLAH....Ia berasakan logik..membersih untuk menghilankan kotoran..Mengeksfoliat untuk menyingkirkan sel kulit mati..Melembap untuk menghidratkan kulit..

Kulit kering kini boleh menjadi lembap berseri, licin dan selesa..
Kulit berminyak boleh menghindari Jerawat...juga melenyapkan kilatan...
boleh juga menghaluskan pori2 dan garis halus,mencipta kulit yang segar,sihat bercahaya...



KATAKAN YA PADA KULIT YANG SIHAT MENAWAN..!!!

Shaping Facial Lift Lipo-drain serum

Hmm..mcm best jer produk terbaru clarins ni..Tak pernah try tp rasa teruja jer nak beli..Hmm...

''..Raut wajah bentuk bujur sirih yang sempurna dari setiap sudut..'' BETUL KE..??
Kalu tak rajin tak jadi kan...

Produt ni di katakan telah menghasilkan serum baru yang di rumus khas untuk membantu wanita asia menirus dan menaikkan raut wajah mereka.Adunan estrak tumbuk-tumbuhan yang mujarab ini, termasuk bunga butang biru dan baccharin, memberi 3x tindakan berkesan untuk menghilang kan lemak berlebihan, menyalirkan serta mengurangkan kesembapan, dan mencantikan raut wajah.

InsyaAllah..if kita rajin semuanya akan jadi kenyataan kan..!!!

Ini la rupa serum itu...Sapa2 dah try boleh la share yer...



Tak tahu berapa harganyer..Nanti sy try usha...heheheee

Clarins product

Hai...
Korang pernah try tak product clarins..?? Try la..tak rugi..harga pun berpatutan dan tahan lama. Saya try untuk whitening set. ..HP Plus set..Memang berbaloi.. Pakai dalam 2 minggu dah nampak kesan..Produk ni bukan memutihkan kulit tau..Dia akan buat kulit kita sekata..Kekadang bila usia dah meningkat byk la bintik hitam.Tp bila pakai produk ni ia akan pudarkan bintik2 hitam tu...Tp yang penting 'TIDAK MENGGELUPAS'.

Setahu saya la..peeling product yang menggelupas ni tak bagus.Ia boleh menipiskan kulit.Walaupun product clarins ni memberi kesan yang agak lambat compare pada produk yang menggelupas..sekurang-kurangnya kulit kita tidak rosak dan akan bertambah sihat..

Yang ni product yang paling saya suka.Brightening Smoothing Serum 30ml.
   
Product ni paling bagus. Sya pakai pagi dan malam. Dah dekat 6 bulan saya guna..Mmg tahan lama dahn sangat la berbaloi..



Yang ni plak day cream.Brightening Hydrating cream 50ml.

Lepas pkai serum tu sy pakai day cream ni plak..Kulit kita akan nampak lembab jer lepas pakai. Mmg sesuai ngan kulit saya.



Untuk malam plak saya pakai night cream ni.White plus HP Repairing Whitening Night Cream 50ml.
Bangun pagi je kulit jadi semula jadi lembut..
Ok stop dulu..Next time sy akan share something dengan korang ye...