Thursday, February 17, 2011

7 Tip Solekan Bertahan Kilau Sepanjang Malam

  • Untuk memberikan efek bersinar pada asas solekan, Kita boleh mencampurkan bedak asas dengan serum malam.Apa-apa serum pun boleh, cth Estee Lauder Night Repair - Untuk memberi kesan licin berkilat di permukaan kulit.
  • Selepas itu, sapukan penyamar celar pada wajah.Ini bertujuan untuk memberi kejelasan pada cela yang mesti di tutup selepas bedak asas di ratakan agar penggunaan penyamar cela dapat di minimumkan.
  • Selepas penyapuan penyamar cela, tekapkan bedak kompak/debu di bahagian yang telah 'di simenkan' tadi. Tidak perlu di gemburkan bedak pada keseluruhan wajah. Ini dapat memberikan efek wajah licin berkilau dan bercahaya.
  • Untuk shading, sapukan bedak asas dua ton lebih gelap daripada bedak asas yang di gunakan.Sapu pada tulang pipi dan bawah tulang muka.
  • Untuk hasil bentuk kelopak yang cantik, bentukan dengan pembayang gelap dan gunakan berus membingkai kelopak mata seperti bentuk pisang. - Mencuram ke bawah di bahagian sudut dlm mata dan menaik ke atas hujung sudut luar mata.
  • Disebabkan parti melibatkan tempoh yang panjang dan di selangi aktiviti makan-makan dan minum,fokuskan pada solekan mata agar galak dan bundar.Cukup menonjolkan keseluruhan solekan wajah.
  • Tekstur pembayang mata perlu diambil kira, sama ada di pakai kombinasi berpigmen dan matte atau berpigmen sahaja seperti shimmering atau gliters.Jangan matte sahaja kerana ia tidak menyerlah pada waktu malam.

Cuba la yer...Mesti Jadi...!!!

No comments: